Sunday, September 29, 2013

Cara Mudah Menentukan Keaslian Power Bank



'Power bank' kini diakui semakin popular di kalangan rakyat di negara ini. Jika dahulunya ia dilihat asing oleh majoriti masyarakat negara ini yang diketahui 'gila smartphone', kini kewujudan power bank dianggap sebagai pelengkap kepada telefon pintar masing-masing.

Dalam erti kata lain, power bank kini boleh dianggap sebagai satu alat keperluan yang membantu melancarkan perjalanan hari anda.

Dan seiring dengan permintaan ke atasnya yang tinggi, dapat kita saksikan kebanjiran pelbagai model power bank yang ditawarkan di pasaran. Dari yang berkapasiti kecil sehinggalah yang kononnya mempunyai kapasiti sehingga 30,000 atau 40,000 mAh.

Normal OEM 30,000 mAh
Perkembangan teknologi maklumat seperti internet turut membantu meningkatkan populariti power bank di negara ini yang rata-rata rakyatnya 'celik IT'.

Namun pemerhatian penulis mendapati para pengguna buat masa ini hanya dibekalkan dengan maklumat yang begitu minimum mengenai alat yang mulanya dikenali sebagai 'portable charger' ini.

Justeru berdasarkan sedikit pengalaman dengan alat ini, penulis mengambil inisiatif untuk berkongsi sedikit pengetahuan penulis perihal power bank ini.

Buat yang sudah memilikinya, pastinya survey yang anda lakukan di internet sebelum membuat keputusan untuk memilih model power bank yang ingin dibeli seperti 'power bank berkualiti', 'power bank original' dan sebagainya adalah menghampakan. Tidak banyak atau tidak salah kiranya penulis katakan artikel yang ada pada masa ini tidak membantu langsung menyelesaikan masalah anda di dalam memilih.

Untuk itu, penulis berharap agar posting ini sedikit sebanyak dapat membantu menguraikan tanda tanya anda berhubung power bank. 

Menentukan samada power bank yang ingin dibeli adalah original ataupun tidak

Soalan paling popular yang penulis selalu terima ketika berhadapan dengan bakal pembeli adalah 'power bank ni original ke tak bang?'..Diakui pada masa ini berlakunya lambakan model-model power bank tiruan di pasaran negara kita. Justeru penulis tidak menyalahkan bakal pembeli yang bertanyakan soalan tersebut memandangkan kerisauannya berasas.

Di sini penulis kongsikan perkara paling asas untuk menentukan sesuatu produk itu asli ataupun tiruan. Diharap tips ini membantu anda yang terutamanya suka membeli secara online..

1. Waranti - Paling mudah untuk mengetahui samada power bank yang dijual itu original atau tidak adalah jangka masa waranti yang diberikan. Sekiranya jangka masa waranti yang diberikan kurang daripada 12 bulan / 1 tahun, maka kebarangkalian ianya tiruan adalah 95%. 

Begitu juga sekiranya tempoh warantinya 12 bulan / 1 tahun ataupun lebih, kemungkinan ia bukan original hanyalah 5%.

Mudah katanya, kalau tempoh waranti power bank itu setahun ke atas, yakinlah akan keasliannya.

Tapi harus juga berhati-hati memandangkan terdapat juga penjual yang licik bab waranti ini seperti mengenakan caj tambahan untuk melanjutkan tempoh waranti.

2. Harga - Tidak dinafikan, dalam era ini pastinya semua orang berkira-kira untuk berbelanja secara berlebihan. Dalam kita berdepan dengan isu ekonomi yang melanda global ini, pastinya kita ingin mengurangkan perbelanjaan kita.

Begitu juga ketika membeli power bank, tawar-menawar pastinya berlaku yang mana ada kalanya tidak akan terhenti selagi kita tidak berjaya mencapai harga yang disasarkan. 

Tidak salah untuk tawar-menawar, tapi pastikan harga yang diingini itu realistik. Kerana apa penulis menekankan soal realistik dalam hal ini? 

Yoobao YB651
Sebabnya adalah, di dalam konsep penawaran perkhidmatan, pengguna hanya dapat menikmati perkhidmatan berdasarkan berapa yang dibayarnya. 

Pernahkah anda dengar tentang barang 'gred A', 'gred B', 'gred C' dan sebagainya? 

Untuk itu, sekiranya anda bermati-matian untuk mendapatkan harga yang murah ketika membeli, tidakkah anda terfikir yang penjual itu mungkin tidak ada masalah untuk memberi anda harga yang diingini. Tetapi nanti anda jangan merungut mengenai kualiti barang yang anda dapat itu kerana berdasarkan konsep yang disebut awal tadi, kualiti barang yang diberi kepada anda itu setimpal dengan harga yang anda bayar.

Sebagai contoh, jika anda meluangkan masa meninjau website Mudah dan search powerbank yoobao (transformers), anda akan dapat lihat bagaimana model tersebut dijual pada pelbagai harga sehingga ada yang serendah RM50. 

3. Banding - Masih lagi mengenai harga, tapi kali ini bandingkan harga yang ditawarkan kepada anda dengan harga yang dijual di pasaran. Anda wajar mempertikaikan ketulenan produk yang ditawarkan kepada anda sekiranya harganya begitu melampau berbeza. 

Pineng PN913
Namun begitu satu fakta yang anda perlu tahu adalah harga di pasaran online kebiasaannya tidak sama dengan harga yang ditawarkan di kedai di mana ianya lebih murah. Sebagai contoh, power bank jenama Pineng model PN913 dijual di kedai pada harga RM159. Tapi di pasaran online harganya yang ditawarkan adalah serendah RM120. Tetapi jangan keliru kerana ianya masih lagi original memandangkan pasaran online selalunya 'kill the market'.

Contoh seterusnya pula adalah sekali lagi, model Yoobao (transformers)..Harga pasaran bagi model ini yang asli ada yang mencecah sehingga RM200. Lalu, anda sudah sebolehnya berasa was-was dengan ketulenannya sekalipun ia dijual pada harga RM70. Melampau sangat beza harga pasaran asalnya itu bukan..

Setakat ini sahaja yang sempat penulis kongsikan kali ini. Jika ada yang penulis telah terlepas pandang, insyaallah akan diupdate dalam posting mendatang.

Diharapkan semoga posting ini sedikit sebanyak menambah info dan kefahaman anda mengenai power bank.

Salam...


2 comments:

  1. Tq info yg berguna. Sila la lawat fb saya https://m.facebook.com/profile.php?id=380646428706285&__user=685380679#!/syafa.fuzail?__user=685380679

    ReplyDelete
  2. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...